Dr Fadzilah Kamsah menyatakan bahawa pelajar cemerlang akan:
- Menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut
 
- Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
 
- Kita ingat 10 % apa yang dibaca
 - Kita ingat 20% apa yang didengar
 - Kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
 - Kita ingat 70% apa yang dicakapkan
 - Kita ingat 90% setelah dipraktikkan
 
- Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
 
- Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu
 
- Belajar dalam persekitaran kondusif.
 
- Pastikan cahaya adalah terang
 
- Kurangkan gangguan bunyi
 
- Tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
 
- Tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
 
- Kerusi dan meja menghadap kiblat
 
- Jangan lupa untuk senyum
 
- Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
 
- Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
 
- Tahu teknik merangsang memori:
 
- Memasukkan maklumat dalam memori (registration)
 - Menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
 - Mengingat kembali (recall)
 - Menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
 
- Sentiasa awal dan mendahului (belajar awal)
 
- Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
 
- Mempunyai teknik membaca yang betul:
 
- Duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
 - Memberikan tumpuan sepanuhnya
 - Menggunakan jari telunjuk untuk membaca
 - Menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
 
- Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
 - Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
 - Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
 - Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
 - Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
 - Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar)
 - Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
 - Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
 - Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
 - Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
 - Tahu petua mengulang kaji
 
- Cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
 - Siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
 - Duduk tegak dikerusi yang selesa
 - Baca doa penerang hati
 - Baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
 - Fikir dan ingat kembali isi utama
 - Catat/lakar
 - Semak semula ketepatan maklumat
 - Ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
 - Buat rumusan
 - Jawab soalan
 - Tampal maklumat yang rumit di dinding
 - Baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
 
- Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
 - Tahu petua-petua agar tidak lupa:
 
- jangan makan kepala ikan
 - jangan makan organ dalaman
 - jangan minum semasa makan
 - jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
 - jangan melihat kemaluan
 - jangan melihat buih
 - jangan membaca nama pada batu nisan
 - banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
 - banyakkan makan kismis, kurma dan madu
 - banyakkan makan kekacang
 - pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
 - jangan makan sehingga terlalu kenyang
 - jangan kencing berdiri
 
- Tahu kemahiran mengingat:
 
- tampal nota-nota penting di dinding
 - tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
 - gunakan kaedah akronim
 - reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
 - pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
 
- Cekap mengatur jadual belajar:
 
- mempunyai jadual belajar
 - patuh kepada jadual
 - buat jadual yang boleh diikuti
 
- Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
 - Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
 - Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
 - Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
 - Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
 - Pelbagaikan tempat belajar.
 - Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
 - Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
 
- Ciri-ciri pelajar cemerlang:
 
- taat kepada Allah
 - mendirikan sembahyang
 - menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
 - hormati & sayangi guru
 - bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
 - suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
 - membantu rakan yang memerlukan
 - berdoa dan bersyukur kepada Allah
 - sentiasa bertawakal
 - mahir dalam setiap mata pelajaran
 

.jpg)






.jpg)


