Khamis, 19 Februari 2015

SEJARAH PERAKAUNAN



Pada tahun 3500 SM, rekod perakaunan yang terawal telah didapati di Babylonia. Catatan tersebut telah dibuat pada kepingan tanah liat. Rekod perakaunan juga telah dibuat dengan papyrus dan calamus iaitu kertas dan pen pada tahun 400 SM. Kemudian, sistem angka Hindu-Arab digunakan dalam rekod perakaunan (850 SM).


Contoh Sistem Angka

Peta Babylonia


Gambar hiasan : Papyrus dan Calamus


Selain itu, pada abad ke-14, sistem catatan bergu telah bermula di Itali untuk memenuhi keadaan ekonomi yang semakin berkembang. Sistem ini telah dicipta oleh Luca Pacioli yang merupakan seorang ahli matematik dan rahib Francisca yang berbangsa Itali.



Luca Pacioli - Bapa Perakaunan

Luca Pacioli dikenali sebagai bapa perakaunan kerana terbitan buku matemtiknya yang berjudul "Summa de Arithmetica Geometria Proportioni et Proportionalita". Isi kandungan buku tersebut mengandungi beberapa huraian mengenai sistem catatan bergu yang telah digunakan dalamrekod perakaunan sehingga kini.




 "Summa de Arithmetica Geometria Proportioni et Proportionalita"






Jurusan perakaunan telah diperkenalkan pada abad ke-18 bagi memenuhi proses pengeluaran firma yang berkembang pesat. Pada abad ke-19 dan ke-20, perakaunan telah mencapai taraf profesional. Badan perakaunan ditubuhkan  untuk mencapai taraf minimum kelayakan profesional perakaunan.



Jawatankuasa Piawaian Perakaunan Antarabangsa atau International Accounting Standards Committee (IASC) telah ditubuhkan pada tahun 1973 untuk menggalakkan penggunaan piawaian asas dalam perakaunan. Pada masa sekarang, perakaunan sosial telah diambil kira memandangkan perniagaan telah memberi kesan terhadap masyarakat.




Di negara kita, Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia atau Malaysian Accounting Standard Board (MASB) telah ditubuhkan untuk menerbitkan piawaian perakaunan dan menentukan skop dan penggunaan piawaian perakaunan.

Sumber : http://nisakhabli.blogspot.com/p/sejarah.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Setiap komen/ulasan adalah tanggungjawab pihak anda sendiri. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap komen/ulasan anda. Terima kasih atas kerjasama.