Khamis, 19 Februari 2015

TIPS PELAJAR CEMERLANG DR. FADZILAH KAMSAH





Dr Fadzilah Kamsah menyatakan bahawa pelajar cemerlang akan:

  • Menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut

  • Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

          
  1. Kita ingat 10 % apa yang dibaca
  2. Kita ingat 20% apa yang didengar
  3. Kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
  4. Kita ingat 70% apa yang dicakapkan
  5. Kita ingat 90% setelah dipraktikkan

  • Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  • Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu
  • Belajar dalam persekitaran kondusif.
  • Pastikan cahaya adalah terang

  • Kurangkan gangguan bunyi
  • Tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
  • Tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
  • Kerusi dan meja menghadap kiblat
  • Jangan lupa untuk senyum
  • Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  • Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  • Tahu teknik merangsang memori:
  1. Memasukkan maklumat dalam memori (registration)
  2. Menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
  3. Mengingat kembali (recall)
  4. Menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)


  • Sentiasa awal dan mendahului (belajar awal)
  • Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.

  • Mempunyai teknik membaca yang betul:
  1. Duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
  2. Memberikan tumpuan sepanuhnya
  3. Menggunakan jari telunjuk untuk membaca
  4. Menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

  • Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  • Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  • Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  • Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  • Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  • Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar)
  • Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  • Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  • Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  • Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  • Tahu petua mengulang kaji


  1. Cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
  2. Siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
  3. Duduk tegak dikerusi yang selesa
  4. Baca doa penerang hati
  5. Baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
  6. Fikir dan ingat kembali isi utama
  7. Catat/lakar
  8. Semak semula ketepatan maklumat
  9. Ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
  10. Buat rumusan
  11. Jawab soalan
  12. Tampal maklumat yang rumit di dinding
  13. Baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

  • Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  • Tahu petua-petua agar tidak lupa:
  1. jangan makan kepala ikan
  2. jangan makan organ dalaman
  3. jangan minum semasa makan
  4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
  5. jangan melihat kemaluan
  6. jangan melihat buih
  7. jangan membaca nama pada batu nisan
  8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
  9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
  10. banyakkan makan kekacang
  11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
  12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
  13. jangan kencing berdiri


  • Tahu kemahiran mengingat:

  1. tampal nota-nota penting di dinding
  2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
  3. gunakan kaedah akronim
  4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
  5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil

  • Cekap mengatur jadual belajar:

  1. mempunyai jadual belajar
  2. patuh kepada jadual
  3. buat jadual yang boleh diikuti


  • Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  • Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  • Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  • Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  • Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  • Pelbagaikan tempat belajar.
  • Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  • Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.



  • Ciri-ciri pelajar cemerlang:
  1. taat kepada Allah
  2. mendirikan sembahyang
  3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
  4. hormati & sayangi guru
  5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
  6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
  7. membantu rakan yang memerlukan
  8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
  9. sentiasa bertawakal
  10. mahir dalam setiap mata pelajaran

ISTILAH DALAM PERAKAUNAN

  • Simpan kira - Proses merekodkan urusniaga secara sistematik.
Business Accounting 1 - Frank Wood, Alan Sangster


  • Akaun - Suatu catatan / rekod ringkas bagi urusniaga yang telah berlaku.


  • Sistem catatan bergu - Sistem yang merekodkan setiap urusniaga dalam dua akaun dengan amaun yang sama, satu dimasukkan dalam ruang kredit akaun kedua.


  • Urusniaga - Suatu aktiviti yang berlaku semasa proses menjual dan membeli barangan dan perkhidmatan.


  • Format akaun - Keadaan yang menerangkan bagaimana sesuatu akaun disediakan.


  • Aset - Sumber yang dimiliki seorang individu atau sebuah perniagaan yang bisanya terdiri daripada tunai, hartanah, bangunan, kenderaan, perabot, peralatan, inventori dan pelaburan. Aset terbahagi kepada aset tetap dan aset semasa. Semua akaun aset berbaki debit.


          KAPITAL + LIABILITI = ASET



  • Liabiliti - Obligasi , tanggungan atau tuntutan yang dibuat oleh pihak luar terhadap perniagaan. Contoh liabiliti ialah pemiutang , pinjaman bank, belanja terakru dan hasil terdahulu. 



  • Ekuiti pemilik - Semua harta atau modal yang dilaburkan dalam perniagaan.


          ASET - LIABILITI = EKUITI



  • Modal - Semua harta yang digunakan ketika memulakan perniagaan.


  • Ambilan - Pengambilan wang tunai daripada perniagaan



  • Hasil - Semua pendapatan yang diperolehi oleh perniagaan.



  • Belanja -  Semua kos yang perlu dibayar oleh perniagaan.



  • Baki -  Lebihan daripada akaun. Baki h/b ialah baki yang dihantar bawah . Ia biasanya diletakkan di akhir bulan. Baki b/b ialah baki bawa bawah. Ia biasanya diletakkan diawal bulan.


  • Untung/rugi - Dihitung melalui akaun penamat. Ekuiti pemilik bertambah jika perniagaan memperolehi keuntungan. Sebaliknya jika perniagaan mengalami kerugian , ekuiti pemilik berkurangan.




SEJARAH PERAKAUNAN



Pada tahun 3500 SM, rekod perakaunan yang terawal telah didapati di Babylonia. Catatan tersebut telah dibuat pada kepingan tanah liat. Rekod perakaunan juga telah dibuat dengan papyrus dan calamus iaitu kertas dan pen pada tahun 400 SM. Kemudian, sistem angka Hindu-Arab digunakan dalam rekod perakaunan (850 SM).


Contoh Sistem Angka

Peta Babylonia


Gambar hiasan : Papyrus dan Calamus


Selain itu, pada abad ke-14, sistem catatan bergu telah bermula di Itali untuk memenuhi keadaan ekonomi yang semakin berkembang. Sistem ini telah dicipta oleh Luca Pacioli yang merupakan seorang ahli matematik dan rahib Francisca yang berbangsa Itali.



Luca Pacioli - Bapa Perakaunan

Luca Pacioli dikenali sebagai bapa perakaunan kerana terbitan buku matemtiknya yang berjudul "Summa de Arithmetica Geometria Proportioni et Proportionalita". Isi kandungan buku tersebut mengandungi beberapa huraian mengenai sistem catatan bergu yang telah digunakan dalamrekod perakaunan sehingga kini.




 "Summa de Arithmetica Geometria Proportioni et Proportionalita"






Jurusan perakaunan telah diperkenalkan pada abad ke-18 bagi memenuhi proses pengeluaran firma yang berkembang pesat. Pada abad ke-19 dan ke-20, perakaunan telah mencapai taraf profesional. Badan perakaunan ditubuhkan  untuk mencapai taraf minimum kelayakan profesional perakaunan.



Jawatankuasa Piawaian Perakaunan Antarabangsa atau International Accounting Standards Committee (IASC) telah ditubuhkan pada tahun 1973 untuk menggalakkan penggunaan piawaian asas dalam perakaunan. Pada masa sekarang, perakaunan sosial telah diambil kira memandangkan perniagaan telah memberi kesan terhadap masyarakat.




Di negara kita, Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia atau Malaysian Accounting Standard Board (MASB) telah ditubuhkan untuk menerbitkan piawaian perakaunan dan menentukan skop dan penggunaan piawaian perakaunan.

Sumber : http://nisakhabli.blogspot.com/p/sejarah.html