Khamis, 16 April 2015

LEJAR

Lejar merupakan buku akaun yang digunakan untuk merekodkan urus niaga perniagaan.

Akaun berbentuk T.



Lajur tarikh - Mencatat tarikh urus niaga
Lajur butir – Mencatat nama akaun
Lajur folio – Mencatat nombor rujukan Buku Catatan Pertama 
Lajur jumlah – mencatat nilai wang sesuatu urus niaga


  • Cara merekod urus niaga adalah berasaskan prinsip catatan bergu.
  • Akaun terbahagi dua iaitu;
    1. Akaun Perorangan – penghutang, pemiutang, ambilan dan modal
    2. Akaun Bukan Perorangan – akaun nyata (akaun aset) dan akaun nominal (akaun hasil dan belanja).







Mengimbang dan Menutup Akaun

  • Untuk mengetahui baki setiap akaun di akhir suatu tempoh.
  • Mengimbang akaun – mencari perbezaan di antara jumlah debit dan jumlah kredit dalam akaun.
  • Menutup akaun hasil dan belanja dengan memindahkannya ke Akaun Perdagangan atau Akaun Untung Rugi.
  • Tujuan menutup akaun untuk ;
    • memulakan akaun hasil dan belanja dengan baki sifar pada suatu tempoh perakaunan.
    • mengemaskini Akaun Modal; hasil menambahkan ekuiti pemilik dan belanja mengurangkan ekuiti pemilik.



Folio

  • Rujukan untuk mengesan sumber catatan pertama atau pasangan catatan bergu – rujukan muka surat akaun dalam Buku Catatan Pertama dan lejar.
  • Mengurangkan kesilapan merekod atau terlupa melengkapkan catatan bergu.
  • Diisi jika pengeposan telah dilakukan iaitu memindahkan catatan dam Buku Catatan Pertama ke lejar.



Pembahagian Lejar
Dua bahagian iaitu Lejar am dan Lejar subsidiari.
Lejar Am meliputi :

(a) Akaun Nominal (akaun hasil dan belanja)
(b) Akaun Nyata (akaun aset semasa dan aset bukan semasa)
(c) Akaun penghutang dan pemiutang aset bukan semasa
(d) Akaun Modal
(e) Akaun Ambilan



Lejar Subsidiari (lejar kecil) meliputi :
(a) Lejar Belian / Lejar Pemiutang
(b) Lejar Jualan / Lejar Penghutang


  • Tujuan pembahagian lejar;
    1. Dapat menjalankan pengkhususan dan pembahagian kerja
    2. Dapat menugaskan seorang eksekutif akaun untuk mengendalikan satu bahagian lejar sahaja.
    3. Mudah untuk menguruskan pengurusan dan pengawalan.
    4. Dapat meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kesilapan merekod.
    5. Dapat mengurangkan bilangan akaun dalam lejar yang terlalu banyak dalam lejar am.


Sumber : Blog Cikgu Sila

4 ulasan:

  1. perbezaan antara lejar am dan lejar subsidiari?

    BalasPadam
  2. Do you realize there's a 12 word phrase you can tell your partner... that will induce intense feelings of love and impulsive attraction for you deep inside his chest?

    That's because hidden in these 12 words is a "secret signal" that triggers a man's instinct to love, please and protect you with all his heart...

    12 Words Will Fuel A Man's Desire Impulse

    This instinct is so built-in to a man's genetics that it will drive him to work better than before to make your relationship as strong as it can be.

    Matter-of-fact, triggering this all-powerful instinct is so essential to getting the best possible relationship with your man that as soon as you send your man a "Secret Signal"...

    ...You'll soon find him expose his heart and soul to you in a way he haven't expressed before and he will distinguish you as the one and only woman in the galaxy who has ever truly understood him.

    BalasPadam

Setiap komen/ulasan adalah tanggungjawab pihak anda sendiri. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap komen/ulasan anda. Terima kasih atas kerjasama.