Akauntan
menyediakan data yang diperlukan untuk menilai aktiviti ekonomi masa kini serta
masa depan individu, perniagaan, organisasi dan badan-badan kerajaan. Selain
menyediakan penyata kewangan dan merekodkan urusniaga perniagaan, mereka juga
mengira kos dan keuntungan, mengambil bahagian dalam memantau prestasi
kewangan, strategi, cukai, pengurusan pekerja.
Apabila
anda mula mempertimbangkan kerjaya dalam bidang perakaunan, mungkin semasa
berada di tahun akhir pengajian anda berfikir bahawa anda hanya layak menjadi
seorang akauntan sahaja. Memang benar anda boleh mendapat segulung ijazah dalam
bidang perakaunan dan menjadi seorang akauntan umum, memandangkan ia merupakan
salah satu daripada banyak pilihan yang sedia ada. Sebenarnya terdapat banyak
peluang kerjaya dalam bidang perakaunan seperti pengauditan, pengurusan dasar,
sistem maklumat, cukai, operasi komputer dan lain-lain.
BIDANG
UTAMA
Audit:
Audit
merupakan teras kerja perakaunan. Kerjaya pengauditan melibatkan tugas
memeriksa lejar perakaunan dan penyata kewangan dalam perniagaan, organisasi
dan sebagainya.
Analisis
Bajet:
Seorang penganalisa bajet bertugas untuk
membangun dan menguruskan pelan kewangan sesebuah organisasi. Memerlukan
kemahiran kuantitatif yang baik untuk tugas ini bersama-sama dengan kemahiran
kerana ia melibatkan tugas rundingan.
Kewangan:
Akauntan
kewangan akan merujuk maklumat dari lejar am untuk menyediakan penyata
kewangan. Mereka juga mengambil bahagian dalam keputusan penting yang
melibatkan status kewangan sesebuah perniagaan, juga melibatkan penggabungan
dan pengambilalihan, manfaat perkerja, perancangan dan unjuran kewangan jangka
panjang.
Pengurusan
Perakaunan:
Menyumbang kepada keputusan
mengenai belanjawan modal dan analisis perniagaan. Tugas utama termasuk
analisis kos, analisis kontrak dan usaha untuk mengawal perbelanjaan. Juga
sebagai penyumbang utama kepada keputusan perniagaan, bekerja bersama-sama
pengurus pemasaran dan kewangan untuk mengembangkan perniagaan.
Cukai:
Akauntan
Cukai menyediakan penyata cukai pendapatan untuk sektor korporat dan peribadi.
Mereka juga menyediakan strategi untuk mengurangkan cukai. Memerlukan pemahaman
yang menyeluruh mengenai ekonomi dan kod cukai.
JENIS-JENIS
KERJAYA (FIRMA PERAKAUNAN)
KERAJAAN:
Akauntan
Kerajaan boleh bekerja di peringkat mana-mana jabatan kerajaan. Menyediakan
belanjawan, kos dan menganalisis inisiatif kerajaan.
KORPORAT:
Kebiasaannya
mempunyai seorang akauntan atau jabatan perakaunan yang menyediakan penyata
kewangan, kos, mengendalikan cukai dan juga urusniaga utama.
BEBAS:
Bekerja
sebagai akauntan bebas bermaksud menjana pendapatan melalui perniagaan anda
sendiri.
Antara
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang menyediakan Kursus Perakaunan peringkat
Ijazah/Diploma:-
1. Universiti
Pendidikan Sultan Idris
2. Universiti
Malaya
3. Universiti
Teknologi Malaysia
4. Universiti
Teknologi MARA
5. Universiti
Sains Malaysia
6. Universiti
Putra Malaysia
7. Universiti
Malaysia Sarawak
8. Universiti
Malaysia Sabah
9. Universiti
Islam Antarabangsa.
Berikut merupakan laluan kelayakan Akauntan:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Setiap komen/ulasan adalah tanggungjawab pihak anda sendiri. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap komen/ulasan anda. Terima kasih atas kerjasama.