PERAKAUNAN ASAS TUNAI VS PERAKAUNAN ASAS AKRUAN
Perakaunan Asas Tunai
|
Perakaunan Asas Akruan
|
Untung dikira dengan mencari perbezaan antara tunai yang diterima sebagai hasil dan tunai yang dibayar sebagai belanja bagi suatu tempoh perakaunan.
|
Untung dikira dengan membuat pemadanan hasil bagi tempoh perakaunan tertentu kepada belanja yang terlibat.
|
Perniagaan kecil-kecilan dan perniagaan perkhidmatan
|
Firma besar (urus niaga secara kredit)
|
Hasil Diterima – Belanja Dibayar = Untung
|
Hasil sepatutnya – Belanja terlibat = Untung
|
PELARASAN PADA TARIKH IMBANGAN
1. Belanja Terakru (belanja belum bayar)
§ Belanja yang dilakukan dalam tempoh perakaunan semasa tetapi belum dijelaskan dalam tempoh tersebut.
2. Belanja Terdahulu
§ Perbelanjaan bagi tempoh perakaunan yang akan datang tetapi dijelaskan pembayarannya dalam tempoh perakaunan semasa.
3. Hasil Terakru (hasil belum terima)
- Hasil yang diperolehi bagi sesuatu tempoh tetapi hasil tersebut belum diterima.
4. Hasil Terdahulu
- Hasil yang diperolehi bagi tempoh perakaunan yang akan datang tetapi telah diterima dalam tempoh perakaunan semasa.
Catatan Jurnal
|
Akaun Untung Rugi
|
Kunci Kira-Kira
| |
Belanja Terakru
|
Dt Belanja
Kt Belanja Terakru
|
Tambah
|
Liabiliti Semasa
|
Belanja Terdahulu
|
Dt Belanja Terdahulu
Dt Belanja
|
Tolak
|
Aset Semasa
|
Hasil Terakru
|
Dt Hasil Terakru
Kt Hasil
|
Tambah
|
Aset Semasa
|
Hasil Terdahulu
|
Dt Hasil
Kt Hasil Terdahulu
|
Tolak
|
Liabiliti Semasa
|
5. Hutang Lapuk
- Hutang yang pasti tidak dapat dikutip daripada penghutang.(belanja)
- Disebabkan oleh:
o Penghutang tidak mampu membayar hutangnya
o Penghutang meninggal dunia
o Penghutang tidak dapat dikesan / menghilangkan diri
o Penghutang diisytiharkan muflis
- Hutang lapuk ditolak daripada jumlah penghutang dan dihapuskan sebagai kerugian.
- Penghutang Bersih = Penghutang – Hutang Lapuk
6. Hutang Lapuk Terpulih
- Seorang penghutang yang hutangnya telah dihapuskan sebagai hutang lapuk tiba-tiba membayar balik hutangnya. (hasil)
- Cara merekod;
o Membuka semula Akaun Penghutang dan Akaun Hutang Lapuk Terpulih
§ Dt Akaun Penghutang , Kt Akaun Hutang Lapuk Terpulih
o Hutang lapuk dibayar balik / penerimaan tunai.
§ Dt Akaun Tunai/Bank , Kt Akaun Penghutang
o Pindahkan Akaun Hutang Lapuk Terpulih ke Akaun Untung Rugi.
§ Dt Akaun Hutang Lapuk Terpulih , Kt Akaun Untung Rugi
7. Peruntukan Hutang Ragu
- Satu anggaran jumlah hutang yang tidak dapat dikutip. (belanja)
- Tujuan untuk;
o Memadankan hasil dengan belanja perniagaan
o Menampung satu kerugian perniagaan dalam bentuk hutang lapuk
- Peruntukan Hutang Ragu = Kadar peruntukan x Penghutang Bersih
- Kadar peruntukan / peratus peruntukan hutang ragu berbeza-beza mengikut tempoh hutang. Semakin panjang tempoh hutang, semakin tinggi peratus peruntukan hutang ragu.
- Cara merekod terdapat tiga situasi;
o Peruntukan Hutang Ragu diwujudkan buat kali pertama
§ Dt Akaun Untung Rugi , Kt Akaun Peruntukan Hutang Ragu
o Menambahkan Peruntukan Hutang Ragu yang sudah diwujudkan (pertambahan Peruntukan Hutang Ragu – belanja)
§ Dt Akaun Untung Rugi , Kt Akaun Peruntukan Hutang Ragu
o Mengurangkan Peruntukan Hutang Ragu yang sudah diwujudkan (pengurangan Peruntukan Hutang Ragu – Hasil)
§ Dt Akaun Peruntukan Hutang Ragu , Kt Akaun Untung Rugi
- Penentuan sama ada pertambahan atau pengurangan dalam Peruntukan Hutang Ragu dalam tempoh semasa perlu dibuat perbandingan di antara tahun semasa dengan tahun sebelumnya.
- Peruntukan Hutang Ragu ditolak daripada penghutang dalam Kunci Kira-kira.
8. Susut Nilai dan Peruntukan Susut Nilai
- Susut nilai – pengurangan nilai aset bukan semasa. Belanja susut nilai yang tidak dibayar dengan wang tetapi ditolak daripada kos aset bukan semasa berkenaan. (belanja)
- Peruntukan Susut Nilai (Susut Nilai Terkumpul) – jumlah susut nilai terkumpul pada akhir setiap tahun perakaunan. (mengurangkan aset)
- Sebab aset bukan semasa mengalami susut nilai;
o Kemerosotan fizikal – pudar, lusuh atau buruk
o Kesusutan – penggunaan yang berterusan
o Keusangan – tidak dapat digunakan akibat daripada perubahan teknologi
o Usia guna yang pendek akibat faktor masa – hak cipta
- Kaedah pengiraan susut nilai terdapat tiga cara iaitu;
a. Kaedah Penilaian Semula
§ Aset bukan semasa dinilai semula pada setiap akhir tempoh perakaunan.
§ Jumlah susut nilai dihitung dengan membandingkan nilai aset bukan semasa pada awal tempoh dengan pada akhir tempoh perakaunan.
§ Susut Nilai = Nilai Aset Bukan Semasa awal – Nilai Aset Bukan Semasa Akhir
§ Sesuai untuk mengira aset bukan semasa yang bernilai rendah seperti alat-alat kecil.
b. Kaedah Garis Lurus/Ansuran Tetap
§ Susut nilai aset dikira pada kadar yang sama atau tetap sehingga akhir tempoh penggunaan aset berkenaan.
§ Susut Nilai = Kos Asal – Nilai Skrap Usia Guna
§ Susut Nilai = Kos Asal x Kadar Susut Nilai Tahunan
§ Nilai skrap – nilai yang dijangka akan diperolehi setelah tamat usia guna aset tersebut. (nilai bakian)
a. Kaedah Baki Berkurangan
§ Dikira berdasarkan satu kadar yang tetap ke atas nilai buku aset pada awal tempoh perakaunan
§ Susut Nilai = Kadar Susut Nilai x (Kos Asal – Susut Nilai Terkumpul)
§ Jumlah susut nilai setiap tahun akan berkurang kerana susut nilai terkumpul semakin bertambah dan menyebabkan nilai buku aset semakin berkurangan.
Cara merekod;
a. Dt Akaun Susut Nilai Aset , Kt Akaun Peruntukan Susut Nilai Aset
b. Dt Akaun Untung Rugi , Kt Akaun Susut Nilai Aset
c. Akaun Susut Nilai dan Akaun Peruntukan Susut Nilai disediakan secara berasingan bagi setiap aset.
d. Dalam Kunci Kira-kira Peruntukan Susut Nilai akan ditolak daripada kos asal aset tetap.
§ Pelupusan Aset Bukan Semasa (penjualan aset bukan semasa)
a. Harga jualan melebihi nilai buku = untung atas pelupusan – dikreditkan dalam Akaun Untung Rugi (hasil).
b. Nilai buku melebihi harga jualan = rugi atas pelupusan – didebitkan dalam Akaun Untung Rugi (belanja).
9. Menilai Stok Akhir
- Pilih nilai yang Terendah Antara harga Kos Atau harga Pasaran (TAKAP).
10. Stok Bekalan
- Stok yang tidak habis digunakan pada tarikh imbangan.
- Contoh;
· Bekalan alat tulis; kertas, pen, dakwat
· Kain, benang, jarum dan butang
· Alat solek dan syampu
- Bayaran yang sudah dibuat untuk barang yang belum habis digunakan pada tarikh imbangan dianggap sebagai belanja terdahulu (aset semasa)
PENYATA KEWANGAN
a. Penyata Pendapatan :-
i. Akaun Perdagangan – untuk mencari untung / rugi kasar
ii. Akaun Untung Rugi – untuk mencari untung / rugi bersih
b. Kunci Kira-kira – untuk melihat kedudukan kewangan sesebuah perniagaan
2. Disediakan dalam format “T” atau penyata atau lembaran kerja.
Sumber : Blog Cikgu Sila
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Setiap komen/ulasan adalah tanggungjawab pihak anda sendiri. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap komen/ulasan anda. Terima kasih atas kerjasama.